SETIA BERBAKTI
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa Ikatan Relawan Rakyat Daerah Klang dan negara kita Malaysia.
Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak RelaKlang ®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.
Kami berharap anda tidak menarik link dari laman ini kerana ini akan membebankan trafik laman ini. Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.
Webmaster.
Fungsi RELA
Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:
- Memastikan keselamatan setempat
- Memastikan keamanan setempat
- Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
- Memastikan keharmonian masyarakat setempat
Fungsi dan tugas RELA
- 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
- Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian
| SETIA
- Setia Berbakti kepada Negara, Pucuk Pimpinan dan Masyarakat
PATRIOTISME
- Membudayakan Semangat Cinta dan Berbangga Terhadap Negara, Agama dan Bangsa
BERDISPLIN
- Mempunyai Disiplin Serta Jatidiri Yang Unggul dan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Cemerlang
DEDIKASI
- Beriltizam Tinggi Untuk Menjayakan Misi dan Visi serta Matlamat Pasukan RELA
IKHLAS
- Sentiasa Sedia Membantu Dalam Sebarang Penugasan dan Tanggungjawab Tanpa Mengharapkan Ganjaran dan Mementingkan Diri Sendiri
BEKERJASAMA
- Bermuafakat, Bertolak Ansur dan Bantu Mambantu
BERWAWASAN
- Berpandangan Jauh, Kreatif serta Sentiasa Berusaha Merealisasikan Wawasan Negara
MESRA RAKYAT
Berhemah Tinggi, Adil, Cekap dan Mengutamakan Pelanggan serta Berdamping Rapat dengan Masyarakat Setempat |