SETIA BERBAKTI

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa Ikatan Relawan Rakyat Daerah Klang dan negara kita Malaysia.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak RelaKlang ®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Kami berharap anda tidak menarik link dari laman ini kerana ini akan membebankan trafik laman ini. Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Wednesday

Latihan

Anggota RELA akan diberikan Taklimat Pengenalan RELA di peringkat daerah manakala kursus-kursus asas dan lanjutan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di PLRW Selatan di Sungai Udang Melaka, PLRW Utara di Bukit Selambau, Sungai Petani dan di PLRW Timur di Kuala Berang, Kuala Terengganu dan di PLRN Sabah, Tuaran, Sabah.

Taklimat Pengenalan diadakan selama setengah hari manakala latihan-latihan yang dijalankan di pusat-pusat latihan adalah di antara 3 hingga 10 hari bergantung kepada jenis kursus.

Kursus-kursus/Latihan yang disediakan untuk anggota-anggota RELA adalah seperti berikut :

  • Kursus Asas
  • Kursus Asas Relawati
  • Kursus Ketua Platun
  • Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim
  • Kursus Platun Bantuan Khas RELA (PBKR)
  • Kursus Platun Kawalan Pantai RELA (PKPR)
  • Kursus Kawalan Kehormatan Pasukan RELA (KKPR)
  • Kursus Asas Jurulatih
  • Kursus Ulangkaji Jurulatih
  • Kursus Pancaragam
  • Kursus Pengurusan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)
  • Kursus Pengurusan Maklumat

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK 01/2005

Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Kemahiran Menembak Rela Daerah Klang Sessi 01/2005 akan diadakan pada:

Tarikh : 30hb & 31hb Julai 2005

Tempat : Lapang Sasar Kuala Kubu Baru, Selangor

Anggota Rela Daerah Klang yang berminat untuk turut serta diminta menghubungi Pegawai Rela Daerah Klang.

Penyertaan adalah terhad.

Sekian, dimaklumkan.

Sunday

Latihan Kawad

Adalah dimaklumkan bahawa Latihan Kawad untuk semua Anggota RELA Daerah Klang akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu kedua dan keempat.

Maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Rela Daerah Klang.

Sekian.